renung renung kan laa ...

Saturday, December 18, 2010

| | |
acara wajib di malam merdeka , sentiasa dinanti sikecil dan dewasa .. tanpanya bagaikan satu dosa . meraikan erti bebas berjaya . inilah malamnya kita gembira . inilah malamnya  kita berpesta .. kerana negara kita tidak lagi terpenjara .. tak perlu soal dosa dan pahala . mak ayah juga tak boleh bersuara , kerana inilah masanya menzahirkan MERDEKA (mereka rela di neraka)      


                        selepas berseronok dengan bunga api , ada segala acara ..


lelaki : awak ,malam masih muda , rugi la kalau balik sekarang .. apa kata kita berkaraoke di Hotel?
perempuan : Hotel ?


Hotel adalah destinasi pelengkap cerita , maka ... selepas bersuka .. ada aksi kemuncak segalanya ...


  *Jutaan benih tersebar , masing masing bertungkus lumus memboloskan diri ke destinasi utama .. hanya SATU dari berjuta yang akan berjaya .. yang gagal hanya akan mati tak tersenyawa .. inilah kisahku , sikecik yang berjaya ..


  *Berenang ke destinasi itu bukan mudah , tapi aku tak boleh gagal , kerana gagal bererti aku takkan dapat melihat dunia .. kuakhiri semua rintanganku , dengan penuh semangat .. harapanku hanya satu .. menemui insan istimewa didunia . insan yang bergelar "IBU"


(DENGAN KEJAYAANKU , SAUDARAKU YANG LAIN PASTI MATI .. AKU BERJANJI , AKU AKAN JADI YANG TERBAIK UNTUK TIDAK MENSIA - SIAKAN SAUDARA - SAUDARAKU)


lelaki: awak gugurkan kandungan tu, kita muda lagi .. tak sesuai nak kahwin sekarang .
wanita: saya takut nak gugurkan , takut makan ubat nanti tak boleh mengandung selamanya ..
lelaki: kalau macam tu , suka hati awak lah ..


---------- aku pun membesar di rahim IBU, nyaman dan selesa sungguh berada disini .
----------ibu bawa aku kemana saja ibu pergi .. seronoknya (!!)


apa yang ibu makan , juga menjadi makananku .. sedapnya .. cumel bahagia dalam kandungan Ibu .. penjagaan Ibu membuatkan cumel membesar dengan sihat , tak sabarnya cumel nak jumpa Ibu,.. nak sayang Ibu macam mana Ibu jaga cumel sekarang . nanti cumel kuat sikit , cumel main main dengan ibu ye .. Ibu .. tengok .. cumel dah ada jantina ..


lepas lebih 4 bulan cumel dalam rahim Ibu .. cumel dah ada roh .. cumel dah boleh bukakan mata .. lepas dah ada roh , anggota badan cumel makin sempurna Ibu .. cantik kan ? jari kaki dan tangan cumel , bila semua anggota cumel dah sempurna .. sedikit sebanyak , cumel dah mampu bergerak , Ibu rasa tak cumel bergolek - golek nie ??


seronok tau .. cumel suka bila Ibu pegang perut Ibu masa cumel bergerak - gerak .. lembutnya tangan Ibu .. Terima kasih Ibu .. cumel semakin bertambah sempurna sekarang .. tak sabarnya nak tunjuk pada Ibu .. Ibu jaga cumel dengan baik .. anggota cumel tumbuh dengan baik Bu .. Ibu pun mesti tak sabar nak jumpa cumel .. kan Bu?? Ibu mesti nak tengok macam mana rupa cumel , anak yang Ibu kandung dengan baik selama ini , tengok , cumel dah pandai hisap jari ....


cumel dah nak boleh jumpa Ibu tak lama lagi .. seronoknya menanti waktu nak keluar dari sini .. cumel dah benar - benar bersedia untuk keluar , cuma tunggu izin Allah untuk Ibu lahirkan cumel .. cumel akan cuba buat Ibu tersenyum melihat cumel .. cumel nak sangat tengok Ibu tersenyum nanti ...


Ibu ?? kenapa Ibu menjerit kuat ?? Ibu ??!! Alhamdulillah .. cumel dah berjaya Ibu lahirkan .. Ibu dengar tak suara cumel ? cumel panggil Ibu nie ..syukur alhamdulillah .. seronoknya berada dalam dakapan Ibu ...
eh Ibu ? kemana Ibu nak bawa cumel ?? cumel belum puas dalam dakapan Ibu .. Ibu belum sempat tengok jari tangan dan kaki cumel .. Ibu !! jangan tinggalkan cumel ... cumel nak ikut Ibu macam sebelim nie ... IBU ... 


Ibu , apa salah cumel ?? cumel tak cukup comel seperti yang Ibu harapkan ? Ibu .... cumel nak tengok Ibu tersenyum ... IBU ..........




RENUNG-RENUNG KAN LAHH WAHAI SAHABAT ,, 


*di adaptasi dari sebuah video ,, dengan kerjasama KOMUNITI SUARA KEHIDUPAN(KOSUKE)
 www.kosukeonline.com / urusetia menanggani gejala sosial (UNGGAS) / Jawatankuasa Generasi Pewaris Majlis Agama Islam pulau pinang (MAINPP)

>previous next >home